Program Kembara Tadabbur
" Dunia milik Nya, Jiwa milik Nya "

Kembara Tadabbur adalah sebuah program percutian rohani yang membawa anda merentasi dunia . Ini bukan satu percutian biasa; ini adalah ekspedisi ruhani yang diluar biasakan melalui penghayatan Al Quran samada semasa bermusafir di bumi para anbiya', di tanah peradaban asing silam, di tengah keajaiban alam semesta dan di kepelbagian negara multi budaya ras bangsa.
Setiap jejak langkah di bumi asing adalah kesaksian “syahadah baru” dan setiap pemandangan adalah ilham ayat.
Kami beriltizam mendefinisikan semula pakej percutian melalui tadabbur Al Quran demi mencari cahaya Ilahi dan menumbuhkan rasa damai di ruang sanubari insan.
Kembara Tadabbur suatu perjalanan di dunia milik Nya demi memahami hakikat bahawa jiwa kita adalah mutlak milik-Nya.

Yayasan Tadabbur ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.
Pautan Penting
Hubungi Kami