Perjanjian Penajaan Podcast Kompas 114 Bersama ToyyibPay
Perjanjian Penajaan Podcast Kompas 114 Bersama ToyyibPay

Selangor, 11 Disember 2025 – Yayasan Tadabbur telah memeterai Perjanjian Penajaan Podcast Kompas 114 bersama ToyyibPay dalam satu majlis rasmi yang berlangsung pada 11 Disember 2025. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif ToyyibPay, Encik Shahril, dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tadabbur, Ustaz Syaari Ab Rahman.

Perjanjian penajaan ini menandakan satu langkah strategik dalam menyokong kesinambungan penerbitan Podcast Kompas 114, sebuah platform audio yang memberi fokus kepada penghayatan Al-Quran, pembangunan pemikiran Islam serta pengukuhan nilai dan karakter ummah melalui pendekatan kontemporari.

Melalui kerjasama ini, ToyyibPay berperanan sebagai rakan penaja strategik yang menyokong usaha dakwah digital Yayasan Tadabbur, selari dengan aspirasi kedua-dua pihak untuk memanfaatkan teknologi kewangan dan media baharu dalam menyebarluaskan mesej Islam secara berkesan dan berimpak.

Yayasan Tadabbur merakamkan penghargaan atas kepercayaan dan komitmen ToyyibPay dalam menjayakan inisiatif ini, dan berharap kerjasama strategik ini dapat membuka ruang kolaborasi yang lebih luas demi manfaat masyarakat dan pembangunan ekosistem dakwah digital yang mampan.

Rakan Strategik

Yayasan Tadabbur ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Hubungi Kami

Yayasan Tadabbur

Tingkat 3, Kompleks Surau As Sobah, Jalan 3/4 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone

6011-5598-7351

Email

yayasantadabbur@gmail.com