Yayasan Tadabbur Perkukuh Usaha Pembangunan Pelajar MRSM Melalui Program MAHIRA
Yayasan Tadabbur Perkukuh Usaha Pembangunan Pelajar MRSM Melalui Program MAHIRA

Kuala Lumpur, 22 Disember 2025 – Yayasan Tadabbur telah menerima undangan rasmi untuk menghadiri mesyuarat dan sesi pembentangan Program MAHIRA (Mahasiswa Hayati Ilmu & Refleksi al-Quran) yang berfokuskan pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat(MARA).

Mesyuarat tersebut bertujuan memperkenalkan konsep, objektif serta pendekatan Program MAHIRA sebagai satu inisiatif pembangunan pelajar yang menekankan penghayatan al-Quran, pembentukan karakter dan kecemerlangan akhlak dalam kalangan pelajar MRSM.

Sesi pembentangan telah dibentangkan oleh Ustaz Syaari Ab Rahman, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama Dr Azrul Azlen, Ketua Pengetahuan dan Penyelidikan (CKRC) Yayasan Tadabbur. Turut menghadiri sesi pembentangan ini Tuan Azizi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

Dalam pembentangan tersebut, Yayasan Tadabbur telah menghuraikan struktur Program MAHIRA yang dirangka secara sistematik untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga memiliki kekuatan spiritual, keupayaan mengaplikasikan tadabbur al-Quran serta kemahiran kepimpinan yang seimbang dengan nilai dan adab.

Perbincangan dua hala ini turut membuka ruang pertukaran pandangan serta penerokaan potensi kerjasama strategik antara Yayasan Tadabbur dan Bahagian Pendidikan Menengah MARA, khususnya dalam memperkayakan ekosistem pembangunan pelajar MRSM secara holistik.

Yayasan Tadabbur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian menerima kunjungan pihak Yayasan Tadabbur dan kesediaan mereka untuk mendengar serta mempertimbangkan pelaksanaan Program MAHIRA sebagai sebahagian daripada usaha melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak dan berjiwa Qurani.

Rakan Strategik

Yayasan Tadabbur ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Hubungi Kami

Yayasan Tadabbur

Tingkat 3, Kompleks Surau As Sobah, Jalan 3/4 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone

6011-5598-7351

Email

yayasantadabbur@gmail.com