Bayangkan: Harta yang anda cintai kini menjadi jambatan ke syurga, terus mengalirkan pahala tanpa henti. Di Yayasan Tadabbur, kami membuka peluang istimewa untuk anda menyemai kebaikan melalui Infaq Emas Digital.
Ini adalah cara moden dan inovatif untuk bersedekah. Sumbangan anda dalam bentuk emas digital akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pelbagai program Yayasan Tadabbur – dari mendidik Duta Al-Quran melalui MAHIRA, menaja Rehlah dan Kembara Tadabbur, membina khazanah Ilmu melalui penterjemahan kitab, hingga menyantuni mereka yang memerlukan dalam program Rahmatan Lil 'Alamin.
Setiap gram emas digital yang anda infakkan bukan sekadar aset duniawi; ia adalah pelaburan akhirat yang terus berkembang, menjana kebaikan yang berlipat ganda.
Ayuh infaq!. Jadikan emas digital anda sebagai saksi agung di hadapan Allah kelak












